rss
twitter
    "Siiru 'Ala BaarakatilLah :)

Blogger..

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.

Isnin, Ogos 17, 2009

Kempen Kenali Musuh-Musuh ISLAM

Awas!
Marilah kita mengenali musuh-musuh Islam.

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم

Pena mengajak pencinta ilmu, marilah kita sama-sama mengenali orang yang sepatutnya dimusuhi. Marilah kita mencedok ilmu dari sumber yang soheh, Ulama' muktabar dan penulis yang kita tahu asal usul pendidikan serta kefaqihannya. Dan jangan kita seronok mengambil falsafah hidup dari negara barat sedangkan mereka semua merupakan gunting di dalam lipatan. Dunia kini sedang menuju ke lembah kehancuran dari pelbagai sudut. Marilah kita menghayati Islam dengan sebenar-sebenarnya.

Ahli Kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani berjuang bermati-matian untuk menghapuskan Islam. Walaupun sekutu mereka (musyrikin Quraisy) telah tunduk kepada kebenaran Islam, namun manusia yang berhati batu ini sentiasa mengantur langkah untuk memerangi Islam. Serangan demi serangan diatur untuk menghancurkan agama Islam tetapi umat Islam yang telah dibentuk dengan Tarbiyyah Ruhiyyah oleh Qudwatuna Nabi Muhammad S.A.W berjaya mematahkan segala serangan tersebut.

Belajar melalui kekalahan yang diterima oleh mereka, kini mereka mengatur langkah baru untuk menghancurkan agama Islam dan pengikutnya. Strategi baru yang dipanggil al-Ghazwu al-Fikri sememangnya menyebelahi mereka tatkala umat Islam lalai dengan kemewahan dan kesenangan. Serangan cara baru yang diketuai oleh orang-orang Yahudi ini begitu licik dan tersusun rapi sehingga umat manusia khususnya orang-orang Islam tertipu seterusnya jatuh tersungkur.

Mereka mula menyamar sebagai orang Islam dan membentuk kumpulan-kumpulan yang terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar. Semua kumpulan ini dibentuk mengikut idea jahat Yahudi yang menyeru umat Islam supaya meninggalkan jihad dan perjuangan menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Ajaran-ajaran baru diterapkan untuk amalan orang Islam yang jahil tentang hukum hakam Islam yang sebenar.

Maka, bertitik-tolak daripada itulah kita menyaksikan bagaimana umat Islam ditindas di sana sini lantaran mereka meninggalkan perjuangan (jihad) dan menganuti isme-isme (fahaman-fahaman) yang menyeru kepada kebendaan dan ketaksuban (kebangsaan). Fahaman-fahaman baru yang dianuti oleh umat Islam kini telah membentuk barah di dalam pemikiran mereka. Penyakit cintakan dunia dan takut mati bernanah membasahi otak pemikiran umat Islam kini. Nampak muka melayu, rambut sama hitam tetapi pemikirannya telah dijajah@racun oleh isme-isme tertentu.

Penyakit cintakan dunia yang disuburi dengan siraman slogan-slogan pemodenan seperti globalisasi dan new order semakin mengaktifkan lagi perasaan kecintaan mereka kepada dunia. Penyakit ini merupakan senjata terbaik untuk mengheret umat manusia terutama umat Islam kepada kebinasaan apabila mereka tidak lagi meletakkan pengabdian mereka kepada Allah dan meminta pertolongan daripada pihak musuh.

Disini pena ingin membawa kisah tentang kematian Marwa al-Sharbini yang tidak digembar-gemburkan oleh stesen Tv di negara umat Islam.

Marwa Al-Sharbini mati syahid kerana tudungnya. Seorang ibu yang punya seorang anak dan dalam masa yang sama sedang mengandung 3 bulan mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula dikalangan umat Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam dan menyayat hati ini.

Pena bukan hendak mengulas panjang tentang peristiwa ini tetapi pena ingin mempersoalkan kemana perginya suara dari negara-negara umat Islam diseluruh dunia??Tidak kedengaran walaupun 1 suara dari negara umat Islam termasuklah dari negara-negara pertubuhan OIC. Dimanakah maruah kita???...Yang paling sedih negaraku MALAYSIA, konon-kononnya negara ISLAM! Mana perginya izzah Islam itu?? Tepuk dada tanyalah Iman. Jangan asyik sibuk dengan pembangunan meterial sahaja. Setakat mana majunya negara kalau dalam masa yang sama kita membelakangi hukum Allah. Renung-renunglah..

نحن قوم اعزنا الله بالاءسلام

Tiada ulasan: