rss
twitter
    "Siiru 'Ala BaarakatilLah :)

Blogger..

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.

Sabtu, September 12, 2009

Imam al-Suyuti


Penulis yang Produktif

Antara yang paling terkenal sangat gigih dan aktif menulis ialah Imam al-Hafiz Jalaluddin Abdurrahman al-Suyuti. Atau lebih masyhur dikalangan umat Islam dengan panggilan Imam Suyuti. Nama lengkapnya al-Hafiz Abdurrahman Ibn al-Kamal Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din Ibn al-Fakhr Uthman bin Nazhir al-Din al-Hamam al-Khudairi al-Suyuti.

Muncul pada akhir abad pertengahan, Imam Jalaluddin al-Suyuti adalah seorang yang sangat kuat kemahuan, teramat luas ilmunya dan paling banyak peninggalannya dalam bidang penulisan. Sebahagian besar karyanya masih ada sehingga ke hari ini. Oleh sebab itu Imam al-Suyuti termasuk seorang daripada penulis yang paling produktif yang pernah dikenali oleh dunia.

Dilahirkan pada 849 H ( 1445M) di Asyuth, satu wilayah di Mesir, Ulama' murabbi ini kematian ayah ketika berusia enam tahun. Takdir memilukan itu tidak menjadi alasan untuk tidak membina kejayaan. Dengan semangat cintakan ilmu yang berputik semenjak kanak-kanak lagi, perjalanan hidup tetap diteruskan.

Cinta dan minat yang luar biasa terhadap ilmu pengetahuan mencetus usaha dan kesungguhan untuk mendapatkannya. Dengan sokongan tambahan seperti hati yang cerah serta minda yang tajam dan kuat daya ingatan, usaha menuntut ilmu tidak terlalu sukar. Semasa berusia lapan tahun beliau sudah pun menghafaz al-Qur'an dengan hafazan yang baik dan sempurna.

Basyirah merupakan guru dapat melihat masa depan anak muridnya itu sangat gemilang; melatih pula Imam al-Suyuti menghafaz beberapa buah kitab yang popular pada masa itu. Antaranya seperti al-Umdah, Minhaj Fiqh, al-Usul dan al-Fiyah Ibn Malik. Sambil dalam kesempatan masa yang ada beliau mula menekuni pelbagai bidang ilmu.

Dalam usia belasan tahun ulama' murabbi ini sudah menguasai ilmu feqah, nahu, fara'id, tafsir dan usul. Ditambah lagi dengan ilmu bahasa dan ma'ani. Dari situ sedikit demi sedikit terbitlah bakat terpendam Imam al-Suyuti ( menyusun buku-buku ringkas tentang ilmu itu di samping terus meluaskan lagi cabang ilmu Hadith Nabi S.A.W.

Seperti Imam-Imam besar yang lain, Imam al-Suyuti tidak berasa puas menadah ilmu di satu tempat sahaja, meskipun daripada ramai tuan guru. Tradisi ahli ilmu yang suka merantau dari satu tempat ke satu tempat yang juga diamalkan oleh Imam al-Sayuti al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti. Malah jauhnya perantauan Imam al-Suyuti sudah sampai ke India dan Maghribi.

Imam al- Sayuti pernah berguru dengan Imam Ibn Hajar mengkaji kitab Sahih Muslim. Malah di mana diketahui ada orang alim, disitu ada Imam al-Sayuti. Beliau mengakui keseluruhan gurunya sekitar seratus lima puluh orang yang mengajar pelbagai jurusan ilmu pengetahuan. Begitu pun ulama' besar ini tetap mengatakan ilmunya tidak banyak.

Sedari beliau mula pandai mengajar, jumlah murid yang datang menadah ilmu dengannya terus bertambah. Maka pada usia hampir 40 tahun, Imam al-Sayuti mula gemar bersendiri. Minat dan kecenderungan lebih tertumpu kepada kerja penulisan. Bakat yang semasa remaja dahulu pernah diserlahkan, kini mahu dimanfaatkan sepenuhnya.

Imam Jalaluddin al-Suyuti bersungguh-sungguh perhatian dalam bidang penulisan. Lautan ilmu yang seakan melimpah-limpah di dalam dadanya cuba dicurahkan seluruhnya pada setiap lembaran kitab. Bukti ketekunan dan kesungguhan luar biasa ulama' ulung ini, beliau berjaya menghasilkan sekitar 300 judul kitab ( ada pendapat mengatakan 600) serta risalah-risalah kecil yang dikarangnya selama masa 22 tahun.

Tempoh 22 tahun itu adalah dihitung daripada Imam Jalaluddin al-Sayuti mula betul-betul aktif aktif menulis sehinggalah ke hujung hayatnya. Semakin lama semakin asyik dengan kerja-kerja penulisannya, semakin kurang pulalah beliau keluar bertemu masyarakat. Imam al-Suyuti banyak bersendiri di dalam kamar khas di rumahnya yang dijadikan tempat beliau menulis, diberi nama Raudhah al-Miqyas. Di sinilah datangnya salam perkenalan malaikat maut bagi menjemput Imam besar itu menemui Allah. Melalui tangan kirinya yang menderita sakit dan lumpuh yang berlanjutan selama seminggu, itulah yang menjadi sebab musabbab Allah S.W.T menjemput insan mulia ini pulang mengadapNya dalam usia 60 tahun.

Kitab-kitab karangan Imam al-Suyuti

Disebutkan beberapa judul kitab Imam al-Suyuti yang masyhur, umpamanya berkaitan tentang hadith dan ilmu hadith:
1. Zhar ar-Rabbiy Ala Mutaba Li al-Nasa'i
2. Al-Hawalik ala Muwathta' Malik
3. Al-Jami' al-Shaghir wa Dzailuh
4. Marqat al-Shu'ud Syarh Sunan Abi Dawud
5. Tadrib al-Rawi bi Syarh dan,
6. Tawqib al-Nawawi.

Dan banyak lagi selain yang disebutkan.

Mengikut pembahagian yang dicatat oleh ahli-ahli sejarah :

Bidang Ilmu dan Jumlah Kitab;
* Ilmu Tafsir - 23
* Ilmu Hadith - 95
* Bahasa - 21
* Ilmu-ilmu Arab - 35
* Al-Bayan dan Tasawuf - 21
* Sejarah dan Sastera dll - 50 buah.

Tiada ulasan: